Friday, April 13, 2012

Unta Mengadu Masalah Kepada Nabi s.a.w

Manusia adalah makluk yang memiliki perasaan. Dari perasaan itu timbullah rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka. Akan tetapi ketahuilah, bukan hanya manusia saja yang memiliki perasaan, bahkan haiwan pun memilikinya.Oleh kerana itu sangat di sesalkan jika ada manusia yang tdak memiliki perasaan yang membuat dirinya lebih rendah daripada haiwan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada Rasulullah Shollallahu alahi wasalam mengunkapkan perasaannya.

       Abdullah bin Ja'far-radhiyallahu anhu berkata, pada suatu hari Rasulullah Sallallahu alahi wasalam pernah ketika bersama-sama aku, beliau membisikan sesuatu yang tidak akan kuceritakan kepada seseoarang diantara manusia. Sesuatu yang paling beliau senangi untuk dijadikan pelindung untuk buang hajatnya adalah gundukan   tanah atau kumpulan batang kurma lalu beliau masuk kedalam kebun lelaki Ansar. Tiba-tiba ada seekot unta.Takala Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam melihatnya , unta itu merintih dan bercucuran air matanya. Lalu Nabi sallallahu wasallam menghampirinya seraya mengusap dari perutnya hingga sampai ke lehernya dan hingga  ke tulang telinganya  , maka tenangalah unta itu . Kemudian beliau bersabda, "Siapakah pemilik unta ini, milik siapa? " Lalu datanglah seorang pemuda Ansar seraya berkata "unta itu adalah milikku, wahai Rasulluallah ". Maka nabi sallallahu 'alahi wasalam bersabda, " Tidakkah engkau bertaqwa kepada Allah lantaran binatang ini, yang telah dijadikan sebagai milikmu oleh Allah, kerana ia (binatang ini) telah mengadu kepada ku bahawa engkau telah membuatnya letih dan lapar. " [Riwayat Abu Dawud dalam Al-Sunan (1/400), Al-Hakim dalam AL-Mustadrak (2/99-100), Ahmad dalam Al-Musnad (1/204-205), Abu Ya'la dalam Al-Musnad (3/8/1), Al-Baihaqiy dalam Ad-Dala;il (6/26), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyqa (9/28.1). Lihat Al-Sahihah (20) ]

       Demikian suara hati seekor binatang, yang selaku seorang Nabi dan Rasul, bukan sahaja pemimpin yang kepada manusia dan jin, tetai sifat eperihatinan kepimpinan baginda s.a.w. sehingga terhadap binatang

       Lantaran itu beliau s.a.w. bersabda ; "Sesiapa sahaja yang mengasihi (apa jua) makluk, ia akan dikasihi oleh Tuhan yang bersifat Al-Rahman. Oleh itu, sayugialah setiap orang yang berada di atas bumi ini yang bersifat penyayang, akan dikasihi oleh yang di langit (para malaikat). " (Riwayat al-Tabrani dalam al-Jami' 1: 31).