Friday, April 13, 2012

Unta Mengadu Masalah Kepada Nabi s.a.w

Manusia adalah makluk yang memiliki perasaan. Dari perasaan itu timbullah rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka. Akan tetapi ketahuilah, bukan hanya manusia saja yang memiliki perasaan, bahkan haiwan pun memilikinya.Oleh kerana itu sangat di sesalkan jika ada manusia yang tdak memiliki perasaan yang membuat dirinya lebih rendah daripada haiwan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada Rasulullah Shollallahu alahi wasalam mengunkapkan perasaannya.

       Abdullah bin Ja'far-radhiyallahu anhu berkata, pada suatu hari Rasulullah Sallallahu alahi wasalam pernah ketika bersama-sama aku, beliau membisikan sesuatu yang tidak akan kuceritakan kepada seseoarang diantara manusia. Sesuatu yang paling beliau senangi untuk dijadikan pelindung untuk buang hajatnya adalah gundukan   tanah atau kumpulan batang kurma lalu beliau masuk kedalam kebun lelaki Ansar. Tiba-tiba ada seekot unta.Takala Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam melihatnya , unta itu merintih dan bercucuran air matanya. Lalu Nabi sallallahu wasallam menghampirinya seraya mengusap dari perutnya hingga sampai ke lehernya dan hingga  ke tulang telinganya  , maka tenangalah unta itu . Kemudian beliau bersabda, "Siapakah pemilik unta ini, milik siapa? " Lalu datanglah seorang pemuda Ansar seraya berkata "unta itu adalah milikku, wahai Rasulluallah ". Maka nabi sallallahu 'alahi wasalam bersabda, " Tidakkah engkau bertaqwa kepada Allah lantaran binatang ini, yang telah dijadikan sebagai milikmu oleh Allah, kerana ia (binatang ini) telah mengadu kepada ku bahawa engkau telah membuatnya letih dan lapar. " [Riwayat Abu Dawud dalam Al-Sunan (1/400), Al-Hakim dalam AL-Mustadrak (2/99-100), Ahmad dalam Al-Musnad (1/204-205), Abu Ya'la dalam Al-Musnad (3/8/1), Al-Baihaqiy dalam Ad-Dala;il (6/26), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh Dimasyqa (9/28.1). Lihat Al-Sahihah (20) ]

       Demikian suara hati seekor binatang, yang selaku seorang Nabi dan Rasul, bukan sahaja pemimpin yang kepada manusia dan jin, tetai sifat eperihatinan kepimpinan baginda s.a.w. sehingga terhadap binatang

       Lantaran itu beliau s.a.w. bersabda ; "Sesiapa sahaja yang mengasihi (apa jua) makluk, ia akan dikasihi oleh Tuhan yang bersifat Al-Rahman. Oleh itu, sayugialah setiap orang yang berada di atas bumi ini yang bersifat penyayang, akan dikasihi oleh yang di langit (para malaikat). " (Riwayat al-Tabrani dalam al-Jami' 1: 31).

Thursday, November 4, 2010

Batu Aneh Ucap Salam

MUNGKING kalau seekor burung (kakak tua)yang pandai mengucap salam adalah perkara yang sering kita jumpai. Tapi bagaimana jika sebuah batu yang mengucapkan salam.

         Sebagai seorang hamba Allah yang mengimani Rasul-Nya, tentunya dia akan membenarkan seluruh apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya, sepeti pemberitahuanbeliau kepada para sahabatnya bahawa ada sebuah batu di Mekah yang pernah mengucapkan salam kepada beliau sebagaimana dalam sabdarnya dari, Jabir bin Samurah dia berkata, Rasulullah Shollallahu alahi wasalam bersabda: "sesungguhnya aku mengetahui sebuah batu di Mekah yang mengucapkan salam kepada ku sebelum aku diutus, sesungguhnya aku mengetahui sekarang". [Riwayat Muslim dalam Sohihnya (1782)].

         Gambar di bawah ini ialah baju "marjan" yang telah dijadikan sebagai tasbih. Batu marjan ialah sejenis batu berharga yang diceritakan di dalam Al-Quran, nilai marjan sama dengan mutiara. Firman Allah; "Ia (Allah) biarkan air dua laut (yang masing dan tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadanya; Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu dustakan? Dari kedua laut itu, keluar mutiara (lu'lu') dan marjan." (Surah Rahman: 19-22)

Thursday, October 28, 2010

Pohon Kurma Menagis

CERITA tentang pohon kurma merupakan cerita yang mungkin ada di antara orang hari ini mensifatkannya sebagai kisah dongeng, tetapi kisah ini benar-benar terjadi di zaman Rasulullah Shollallahu 'alaihi wasalam, mengapa sampai pohon ini menangis?

           Kisahnya diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah radhiyallahu anhu-berkata: "adakah dahulu Rasullullah-Shollallahu alaihi wasalam-berdiri (berkhutbah) di atas sebatang pohon kurma maka takkala diletakakan mimba baginya kami mendengar sebuah suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga Rasullullah-Shollallahu alahi wasalam- turun kemudian beliau meletakan tanganya di atas batan pohon kurma tersebut."[Riwayat Bukhari dalam shohihnya(876)]

           Ibnu Umar-radhiyallahu anhu- berkata; Nabi Shollallahu alahi wasalam pernah berkhutbah pada batang kurma. takkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang kurma itu pun merintih. Maka Nabi Shollallahu alahi wasalam mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang kurma itu (untuk menenangkanya)". [HR.Al-Bukhoriy dalam shohihnya-nya (3390 dan At-Tirmidziy dalam sunan-nya (505)].